Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam

Kebiasaannya kita dengar telur masin ni diperbuat daripada telur itik kan. Cara pembuatannya juga agak rumit kerana harus menggunakan tanah liat dan sebagainya. Harganya juga boleh mencecah sehingga RM1 untuk sebiji telur masin.

Tetapi hari ni ada berita gembira untuk penggemar tegar telur masin, sekarang anda oleh cuba buat sendiri di rumah dengan modal RM10 boleh dapat 30 biji telur masin. Apa yang paling menjimatkan lagi, anda cuma perlu gunakan telur ayam sahaja!

Berikut adalah perkongsian daripada En Are Peace tentang bagaimana beliau menghasilkan sendiri telur masing dengan menggunakan telur ayam sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan;

30 biji telur ayam
1 kg garam kasar
Air secukupnya

Cara penyediaan;

Masukkan garam kasar dan air kedalam periuk. Air sehingga paras telur tenggelam sahaja.

Masak atas api sehingga garam larut.

Sejukkan air larutan garam tadi sebelum masukkan telur.

Setelah sejuk, rendamkan telur dan simpan ditempat yang gelap selama 14 hari.

Setelah cukup 14 hari, tukar air rendaman garam tadi dengan air biasa.

Simpan kedalam peti sejuk.

Tips tambahan;

Untuk mendapatkan telur kuning menjadi oren, semasa peram pastikan ia disimpan ditempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Selamat mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *