Cara Untuk Kenali Telur Ayam Yang Sudah Rosak Didapur

Paling sakit hati bila dah pecahkan telur dalam kuali tup tup terkena telur busuk. Memang siapa-siapa pun akan menyumpah panjang bila terkena macam ni kan. Bau dia pula..,masyaAllah punya lah busuk.

Walaupun telur tu kita baru je beli tapi tak kesemuanya elok. Bila ada satu yang busuk macam mana dengan telur-telur yang lain pula? Nak tahu cara mudah kenal pasti telur yang dibeli masih baru ataupun sudah lama dan busuk, Jom tengok cara-caranya.

1. Sediakan mangkuk yang berisi air bersih

2. Masukkan telur yang hendak diuji kedalam mangkuk tadi.

3. Lihatlah telur anda.., eh telur dalam bekas tu

Jika ia tenggelam kebawah bermaksud keadaannya masih elok, jika ia tenggelam ke bawah tetapi dalam keadaan menegak itu maksudnya ia perlu digunakan segera dan jika telur tersebut terapung keatas itu menunjukkan ianya sudah rosak.

Baik buangkan sahaja tak payah nak dipecahkan. Tapi kalau tak percaya korang boleh goncangkan telur rosak tu. Kalau terdengar bunyi kocakan maknanya sah dah tak elok.

Kiriman ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Khairil Izham atau lebih mesra dengan pangglan Abang Iz di laman facebook beliau. Selamat mencuba lah ye. – utaranews.com

One thought on “Cara Untuk Kenali Telur Ayam Yang Sudah Rosak Didapur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *