Cita Citata Dituduh Sebagai Penipu Oleh Bekas Kekasih

Nampaknya lagu hit Cita Citata yang bertajuk ‘Sakitnya Tuh Di Sini’ ternyata meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya kerana sejak dari tahun lepas sehingga awal tahun ini, kisah cinta penyanyi dangdut itu berterusan menjadi sensasi sehingga menyebabkan dia berasa sakit hati.

Meskipun bukan kali pertama terlibat dalam cinta tidak kesampaian, tetapi kisah percintaannya bersama pemuda daripada Iran bernama Ardavan Farzi yang berakhir ditengah jalan telah menjadi isu sensasi di Indonesia.

Dimana, netizen mula meminta penjelasan daripada Ardaven mengenai punca dia berpisah dengan Cita Citata, tidak tahan dengan desakan itu, Aradaven bertindak membuka rahsia perpisahan itu dengan mengatakan yang mereka berpisah kerana Cita mempunyai dua personaliti yang berbeza.

Ardaven mendedahkan yang Cita bukan sahaja telah memanggil ibu bapanya dengan bahasa yang kasar tetapi dia juga adalah seorang penipu kerana telah menipu Ardaven sebanyak dua kali, iaitu ketika hari Ardaven meninggalkan Jakarta untuk pulang ke Iran dan ketika di London.

Namun, Ardaven tidak pula mendedahkan apa penipuan yang telah dilakukan oleh bekas kekasihnya itu. Jadi, selepas membuat pendedahan itu, Ardaven harap netizen berhenti menyoalnya mengapa dia memutuskan hubungannya dengan Cita.

Tidak membiarkan itu begitu sahaja, Cita memuat naik satu video jawapan di Instagram meminta supaya orang itu tidak berpura-pura menjadi mangsa keadaan.

Apa sahaja situasi yang berlaku di antara Cita dengan Ardaven harap mereka dapat selesaikan isu itu dengan baik. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *