Dihina Selepas Poligami, Opick Anggap Semua Dugaan Tuhan

Beberapa tahun lalu, nama penyanyi keagamaan Opick pernah tercemar berikutan khabar angin yang tersebar mengatakan dia telah berkahwin dengan penyanyi latarnya, Wulan secara diam-diam tanpa pengetahuan isterinya, Diaan Rositaningrum.

Sewaktu ditanya mengenai isu itu, Opick mengatakan yang dia tidak menyalahkan berita kerana dia hanya manusia biasa dan apa yang berlaku padanya dulu itu sebenarnya petanda dan juga pengajaran daripada Allah SWT untuknya.

Malah, Opick juga mengaku yang mungkin disebabkan oleh kesombongan besar yang ada pada hatinya, jadi apabila isiden seperti itu berlaku padanya dia berpeluang untuk kembali memohon keampunan dari Allah SWT.

Dalam masa yang sama, Opick turut menjelaskan yang dia tetap merendah diri dan membiarkan sahaja jika masih ada individu yang bercakap mengenai keburukan dirinya itu kerana padanya, masih ada sujud untuknya bertaubat serta peluang untuknya berkarya.

Oleh itu, meskipun isu poligami itu telah lama tetapi masih ada orang yang bercakap perkara yang buruk mengenainya, bagi Opick  itu bermaksud yang dia benar-benar buruk, jadi dia akan menikmati, dan memperbaiki dirinya supaya menjadi yang lebih baik di masa hadapan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *