DS Vida Kena Kecam Selepas Makan Lobster Di Dubai

Sempena cuti sekolah hujung tahun yang lalu, ramai selebriti memilih untuk pergi bercuti di luar negara bersama rakan mahupun keluarga mereka. Selain daripada Neelofa, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) juga turut memilih Dubai sebagai lokasi percutian bersama anak-anaknya.

Namun, disebalik pelbagai gambar serta video yang DSV kongsikan sewaktu bercuti di Dubai terdapat satu video dimana DSV sedang memakan makanan laut di sebuah restoran mewah yang berharga hampir RM3, 000.

Menurut DSV, dia telah mengunjungi restoran itu sebanyak dua kali, namun, bukan harga hidangan atau berapa kali DSV telah berkunjung ke restoran itu yang menarik perhatian netizen tetapi, cara layanan DSV kepada pelayan restoran itu telah menerima kecaman dari netizen.

Tindakan DSV terjerit-jerit meminta sarung tangan daripada pelayan restoran itu telah dikritik netizen sedangkan dia sebenarnya boleh sahaja meminta dari pelayan itu dengan cara yang baik, dan beradab sambil menyebut perkataan ‘tolong’.

Malah bukan itu sahaja, netizen juga turut mengkritik tindakan DSV yang kelihatan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kerana menyebut harga makanan yang dimakannya sedangkan netizen hendak mendapatkan RM300 pun susah.

Tapi kalau diikutkan itu memang gaya DSV bercakap ketika muncul di televisyen. Jadi, mungkin dia sudah terbiasa sampai terbawa-bawa gaya percakapan seperti itu sehingga ke Dubai. Bab menunjuk-nunjuk itu pula, sudah tidak boleh dikata apa lagi.

Dah nama pun jutawan pasti mereka akan memakan makanan mewah seperti itu kerana mereka berkemampuan, kita yang tidak berkemampuan ini hanya mampu tengok sahaja video itu dan berdoa semoga rezeki kita dimurahkan untuk dapat menghabiskan RM3,000 pada makanan sahaja. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *