Elfira Loy Dapat Banyak Offer Program Berbentuk Islamik

Meskipun sesetengah selebriti mungkin merasakan yang memakai hijab itu akan menyebabkan mereka kurang mendapat tawaran kerja, tetapi terdapat juga ramai selebriti yang tidak menghisahkan semua itu, dan memilih untuk memakai hijab sepenuhnya.

Bukan kerana disebabkan oleh trend atau mengikuti kemahuan orang lain tetapi sebagai tanda ingin memperbaiki, mengubah diri serta mengikut tuntutan agama. Namun, tidak semua selebriti yang berhijab akan kurang mendapat tawaran.

Ini kerana, ramai sahaja selebriti yang berhijab masih dihujani dengan pelbagai tawaran tidka kira dari segi lakonan mahupun persembahan dan antaranya adalah pelakon, Elfira Loy. Semenjak memutuskan untuk memakai hijab pada tahun 2015, rezeki Elfira sentiasa ada.

Malah, ia turut diakui oleh pelakon itu sendiri. Menurut Elfira, mungkin berkat doa ibunya, selepas memutuskan untuk berhijab, rezekinya dalam industri hiburan semakin bertambah terutama sekali dalam bentuk Islamik.

Pada Elfira, tawaran seperti itu adalah satu peluang dan cabaran baru yang dicubanya supaya dapat menimba lebih banyak ilmu. Akan tetapi, Elfia masih seperti dahulu dan tidak akan menolak untuk terlibat dalam rancangan yang bukan berbentuk Islamik kerana ingin seimbangkan kerjayanya.

Terbaru, tunang kepada penyanyi, Sufian Suhaimi ini bakal menjadi pengacara Rehal dalam Tahfiz Muda 2017 bersama Imam Muda Asyraf yang akan disiarkan setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro Oasis. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *