Erry Putra Sedia Terima Kritikan Netizen Terhadap Single Terbaru

Selepas dua tahun mengeluarkan single-nya sebelum ini yang bertajuk ‘Macam Cantik Macam Comel’, kini Mohd Razlan Hamzah @Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Erry Putra bakal mengeluarkan single terbarunya bertajuk, ‘Aku Tahu’.

Yang mana, untuk lagu terbarunya itu, Erry akan bergandingan dengan adiknya, Fafiq Putra. Menurut Erry untuk lagunya yang sebelum ini, Fafiq muncul sebagai penampilan khas sahaja tetapi untuk single kali ini, dia akan berduet dengan adiknya itu.

Dan, dalam masa yang sama memperkenalkan duo Erry dan Fafiq Putra dalam industri. Jadi, Erry berharap sangat lagu ‘Aku Tahu’ itu akan mendapat respond yang baik daripada peminat. Namun, menyedari akan ada yang tidak menyukai lagu itu, Erry mengatakan yang dia perlu positif.

Itu kerana, Erry sedar yang dia tidak boleh puaskan hati semua pihak jadi sebab itu dia memilih untuk sentiasa positif, abaikan komen yang menjatuhkan serta menerima pandangan dari netizen kerana tanpa komen seperti itu, dia tidak akan tahu kekurangan dirinya.

Malah bukan itu sahaja, tetapi Erry juga boleh gunakan segala komen yang membina dari peminat itu untuk memperbaiki dirinya. Sementara itu, mengenai karier lakonannya pula, Erry mengatakan yang dia masih memberikan sepenuh tumpuan kepada dunia lakonan.

Walaupun sibuk menyiapkan single ‘Aku Tahu’ yang mana dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie ‘Khilafku Yang Terakhir’.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *