Fasha Sandha Pertaruhkan Sitkom ‘Mamu Mami Gosip’

Jika sebut nama Fasha Sandha pasti orang akan mengingati imej ‘gadis malang’ yang dibawanya tidak kira dalam filem mahupun drama yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati penonton dan itu juga menunjukkan yang bakat lakonan Fasha tidak perlu diragui lagi.

Namun, memasuki usia 15 tahun menjadi pelakon kini pintu hati Fasha telah terbuka untuk melebarkan sayapnya dalam industri seni dengan memutuskan untuk menjadi penerbit kepada sebuah sitcom yang bertajuk “Mamu Mami Gosip”.

Menurut Fasha, pada awalnya dia memang tidak mahu menjadi penerbit kerana sedar itu bukan satu tugas yang mudah, tambahan pula, seorang penerbit perlu memastikan sesebuah produksi itu berjalan dengan lancar dan itu bukanlah satu kerja yang mudah.

Akan tetapi, tanpa sedar pintu hatinya telah terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru. Meksipun berhadapan dengan dugaan terkena migraine pada hari pertama dan kedua menjadi penerbit, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat Fasha.

Malah jelas Fasha, dia akan buktikan yang dia mampu untuk mengendalikan setiap aspek penerbitan. menerusi sitkom “Mami Mamu Gosip” itu. Sementara itu, selain Fasha, sitkom “Mamu Mami Gosip” arahan Aizam Syamsul yang mempunyai 50 episod itu turut akan dibintangi oleh Kazar Saisi, Delimawati, Tauke Jambu, Elisya Sandha, Afifah Nasir, Fikhree Bakar dan Amyza Adnan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *