Filem ‘Along With The Gods: The Two Worlds’ Kalahkan ‘Train To Busan’

Filem ‘Along With The Gods: The Two Worlds’ telah mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan dimana meskipun hanya baru 23 hari ditayangkan tetapi filem itu telah berjaya meningkatkan bilangan penontonnya daripada 10 juta menjadi 12 juta orang.

Malah, pencapaian filem itu juga telah berjaya menepis filem hit Korea Selatan untuk tahun 2017 iaitu ‘Train to Busan’ yang hanya memperolehi 11.57 juta penonton dan sekaligus membuatkan ia menjadi filem ke-10 paling banyak ditonton dalam sejarah Korea Selatan.

Filem ‘Along With The Gods: The Two Worlds’ arahan Kim Yong Hwa telah diambil berdasarkan webtoon (kartun atas talian) terkenal karya Joo Ho Min dan menceritakan mengenai perjalanan seorang bomba bernama Kim Ja Hong (Cha Tae Hyun) yang telah meninggal dunia ketika diadili selama 49 hari di neraka bersama tiga orang malaikat maut.

Filem yang dibintangi oleh Cha Tae Hyun, Ha Jung-woo, Ju Ji-Hoon, dan Kim Hyang-gi itu telah mula ditayangkan pada 20 Dicember lalu di Korea Selatan serta 12 buah negara termasuklah Taiwan, Hong Kong, Macau, Singpura, Malaysia, Indonesia, Brunai, dan Filipina.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem terbaik Korea Selatan selepas ‘Train to Busan’ di pawagam berdekatan anda, sementara itu, kita layan dahulu trailer rasmi untuk filem ‘Along With The Gods: The Two Worlds’. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *