Gaji besar bukan lesen untuk isteri ‘pijak kepala’ suami

Ramai isteri sekarang ini mempunyai jawatan atau gaji lebih tinggi dari suami. Dalam rumahtangga setiap perkara itu ada positif dan negatifnya. Malah, ada pihak yang mendakwa sesetengah lelaki suka mengambil kesempatan kepada isteri yang mempunyai gaji lebih besar mencari nafkah untuk keluarga.

Namun begitu, ada juga antara isteri yang menjadikan lesen bergaji besar untuk ‘pijak kepala’ suami. Hanya disebabkan suami bergaji rendah, suami sering dipandang rendah oleh isteri.

Apabila berlaku pergaduhan kecil, isteri akan mula mengungkit segala yang pernah diberikan. Ingatlah wahai isteri tidak bermakna anda bergaji besar anda boleh menghina dan ‘memijak’ maruah suami iaitu ketua keluarga anda.

Sebagai seorang suami juga anda perlu menjalankan tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga yang dihormati oleh isteri. Berusahalah untuk memberi nafkah yang cukup pada isteri tanpa menggunakan duit isteri.

Kadang-kadang sikap lepas tangan suami dan mengambil kesempatan atas gaji besar isteri dengan membiarkan isteri mencari nafkah keluarga akan membuatkan rumahtangga yang dibina itu tidak harmoni.

Jika anda mempunyai isteri yang bekerja dan bergaji besar, itu adalah sekadar untuk membantu meringankan ekonomi keluarga. Tetapi, para isteri pula jangan merasa kejayaan memiliki gaji besar dan kerjaya yang hebat membolehkan anda untuk memperlekehkan suami.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang suami janganlah terlalu berharap duit isteri, jika isteri membantu itu adalah atas belas ehsan isteri untuk membantu suami dan ekonomi keluarga.

Walaupun suami bergaji kecil dan tidak mempunyai kerjaya hebat, tetapi suami masih ketua keluarga dan isteri perlu menghormati suami.

Ingatlah setinggi mana pun gaji anda, itu bukanlah satu lesen yang boleh anda gunakan untuk ‘memijak’ kepala suami.

Kesimpulannya, di pejabat mungkin anda adalah ketua dan memberi arahan pada pekerja, tetapi jika di rumah anda tetap seorang isteri dan perlu hormat pada suami.

Apapun, jika anda adalah seorang suami yang bertanggungjawab dan pandai mendidik isteri, sebesar mana gaji isteri pasti dia akan tahu tempat seorang isteri di sisi suaminya dan tidak akan merendahkan martabat suami.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *