Gambar kanak-kanak pelarian Syria tular diberi keahlian percuma seumur hidup

SEORANG pemilik gimnasium di Turki menjadi perhatian ramai kerana memberi keahlian percuma seumur hidup kepada kanak-kanak pelarian Syria berusia 12 tahun yang gambarnya merenung ke dalam gimnasium berkenaan tular.

Gambar Muhammet Halit yang bekerja sebagai penggilap kasut di Adiyaman yang menggalas peralatan mencuci kasut dan berselipar, berdiri melihat aktiviti dalam gimnasium berkenaan tular di Turki.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan Hurriyet News, pemilik gimnasium berkenaan, Engin Dogan, yang melihat gambar itu kemudian berusaha mencarinya,

“Kami mahu mencari budak itu untuk memberinya keahlian percuma seumur hidup dan kami berjaya mengesannya.

“Dia ahli gimnasium kami sekarang,” katanya.

Budak itu yang melarikan diri daripada peperangan di Syria, terkejut bercampur teruja apabila media datang untuk menemuramah sambil membawa berita berkenaan.

“Saya sering berhasrat mahu mengurangkan berat badan dan kini percaya boleh melakukannya dengan bantuan pemilik gimnasium,” kata Muhammet

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *