Gara-Gara Dadah, T.O.P Bigbang Dihukum Kerja Perkhidmatan Awam

Selepas disahkan tidak layak untuk kembali berkhidmat sebagai anggota polis pada 31 Julai lalu selepas didapati bersalah kerana menghisap dadah jenis ganja, Choi Seung-Hyun atau lebih dikenali sebagai TOP (BIGBANG) secara rasminya telah mendapat tugas baru.

Pada bulan Disember lalu, satu sumber dari Pentadbiran Ketenteraan telah mendedahkan yang TOP akan memulakan latihan ketenteraan wajib barunya sebagai pekerja perkhidmatan awam di Pejabat Daerah Yongsan pada pertengahan bulan Januari ini.

Malah, Pejabat Daerah Yongsan juga turut mengesahkan yang mereka telah menerima maklumat mengenai kemasukan rappers kumpulan BIGBANG itu tetapi urusan dokumentasi rasmi mengenai kemasukannya sahaja masih belum diterima.

Berikutan itu, latihan ketenteraan TOP akan bermula semula dan latihan ketenteraan selama tiga bulan 27 hari yang dilaluinya sebelum ini tidak akan dikira dan kini TOP perlu menghabiskan latihan ketenteraan wajib itu sebagai pekerja perkhidmatan awam di Pejabat Daerah.

Sebelum ini, TOP telah menulis surat permohonan maaf secara terbuka kepada peminatnya mengatakan yang dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu lagi kelak.

Sementara itu selepas TOP, dua lagi ahli kumpulan BIGBANG iaitu G-Dragon dan juga Teayang akan melaporkan diri dalam ketenteraan pada tahun ini. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *