Gelaran Wanita Tercantik Didunia Dimiliki Oleh Pelakon Muda Dari Filipina

Sempena berakhirnya tahun 2017, TC Candler dan penel Independent Critics mereka telah memilih 100 muka paling cantik di dunia dan sejak ia dilakukan senarai penuh 100 muka paling cantik di dunia telah menjadi satu sesuatu yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Jika untuk tahun 2016, wajah paling cantik di dunia waktu itu dimiliki oleh model dan juga pelakon Jourdan Dunn, kini untuk tahun 2017 pula, gelaran itu telah dipegang oleh model serta pelakon dari Filipina, iaitu Liza Soberano.

Kemenangan gadis yang baru sahaja berusia 20 tahun itu telah dipilih sendiri oleh panel The Independent Critics yang terletak di United Kingdom dan seperti yang semua ketahui, kejelitaan yang dimiliki oleh pelakon ‘Forevermore’ itu memang tidak dapat dinafikan.

Ini kerana,  disebabkan oleh wajahnya yang cantik itu, Liza telah menerima pujian daripada Miss Universe 2015 iaitu Pia Wurtbazch yang berpendapat  bahawa Liza mempunyai kualiti untuk menjadi seorang Miss Universe.

Dan, disebabkan oleh wajahnya yang cantik itu juga, Liza telah terpilih untuk menjadi duta kepada beberapa jenama terkenal seperti Maybeline, dan juga Cadbury. Berikut merupakan senarai 10 muka paling cantik untuk tahun 2017;

  1. Camila Belle

  1. Golshifteh Farahani

  1. Ju Jingyi

  1. Adelaide Kane

  1. Jourdan Dunn

  1. Im Jin-ah

  1. Sarah Gadon

  1. Chou Tzy-yu

  1. Thylane Blondeau

  1. Liza Saberano

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *