Grab dan Uber jadi pilihan kerana lebih mudah dan murah

Dahulu, jika seseorang itu mahu mendapatkan perkhidmatan teksi, mereka terpaksa beratus panjang untuk menggunakan perkidmatan itu. Malah, ada antara pengguna perkhidmatan teksi dikenakan tambang berlebihan apabila ada sesetengah pemandu teksi tidak mengikut meter.

Tetapi, apabila teknologi semakin berkembang dan kewujudan telefon pintar, segalanya kini hanya dihujung jari apabila terdapat aplikasi pengangkutan Grab dan Uber.

Pengangkutan Grab dan Uber ini dikatakan menjadi pilihan orang ramai kerana lebih mudah dan murah. Aplikasi Uber kini sudah mempunyai 40 juta pengguna aktif setiap bulan dan Grab pula mencatatkan 77 juta muat turun.

Antara faktor pengangkutan Grab dan Uber sering menjadi pilihan kerana aplikasi ini akan memberitahu kepada penggunanya sama ada tempahan itu diterima oleh kenderaan atau tidak.

Selain itu, pengguna juga tidak perlu risau jika dikenakan caj yang mahal oleh pemandu yang menggunakan jalan yang jauh kerana mahu mendapatkan caj tambang berlebihan. Ia kerana aplikasi itu hanya akan meminta pemandu untuk mengikut laluan perjalanan yang telah ditetapkan selain harga tambang untuk ke sesuatu lokasi telah ditetapkan.

Malah, pengguna juga tidak perlu risau mengenai transaksi bayaran tambang jika tidak mempunyai tunai kerana perkhidmatan itu juga menggunakan kad kredit yang sudah didaftarkan menerusi akaun Grab atau Uber terbabit.

Segala tambang yang telah dinyatakan telah diambil kira melibatkan kos petrol dan penyelenggaran kereta oleh syarikat perkhidmatan terbabit.

Terdahulu, pemandu teksi pernah membuat bantahan kewujudan Grab dan Uber di Malaysia kerana ia dikatakan menutup periuk nasi mereka. Bagaimanapun, sehingga pertengahan tahun lepas 14,000 pemandu teksi sudah mendaftar sebagai pemandu aplikasi Uber dan Grab.

Kerajaan juga telah menggalakkan pemandu teksi untuk mendaftar dengan perkhidmatan Uber dan Grab itu untuk meningkatakan lagi mutu perkhidmatan mereka.

Terdapat kajian dilakukan laman web iPrice melibatkan pengangkutan Grab, Uber dan teksi tempatan di negara Asia Tenggara menunjukkan pengangkutan Uber di Malaysia menawarkan tambang paling murah untuk jarak perjalanan yang jauh 20km manakala Grab Malaysia pula sedikit murah untuk jarak perjalanan yang lebih dekat 5km. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *