Guan Eng kantoi menipu dakwa P.Pinang bayar GST RM 5 billion

Pakatan Harapan sanggup melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan kerajaan dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN). Ini sudah menjadi kebiasaan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki.

Jadi, tidak menghairankanlah apabila ada dikalangan pemimpin pembangkang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri sehingga ke luar negara. Pakatan Harapan yang dikuasai DAP umpama sebuah gabungan parti pembangkang yang sedang ‘mabuk’ untuk mendapatkan kuasa memerintah negara.

Pakatan Harapan selama ini sering mengkritik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mendakwa ia membebankan rakyat. Itu sebab Pakatan ini menabur janji manis untuk menghapuskan sistem percukaian yang telah terbukti membantu meningkatkan ekonomi Malaysia dan membantu golongan yang memerlukan.

Terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kantoi menipu apabila mendakwa kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang membayar GST sebanyak RM5 bilion ringgit.

Tindakan ketua menteri yang terlibat dengan skandal rasuah itu dilihat cuba memperbodohkan rakyat.

“Ini GST jahat. Ini GST celaka. Kita rakyat mesti hapuskan ini GST.

“Kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) bayar kira-kira RM5 bilion sejak tahun 2015,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Umum mengetahui, Malaysia mula melaksanakan GST di negara ini pada kadar enam peratus sejak dua tahun lalu bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang telah lama dilaksanakan sejak 1972 dan 1975.

Jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan DAP membayar GST sebanyak RM5 Billion, jumlah perbelanjaan kerajaan negeri adalah RM84 bilion. Untuk maklum, jumlah perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hanya RM900 juta. Jadi, dari mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang membayar RM5 bilion GST? –Utaranews.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *