Guru tadika tutup muka, badan kanak-kanak dengan selimut kerana enggan tidur

TINDAKAN seorang guru tadika yang menutup badan dan muka seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan selimut disebabkan kanak-kanak berkenaan enggan tidur telah mengejutkan ramai.

Kejadian yang berlaku di sebuah tadika di China itu namun telah dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut.

Ia hanya terbongkar apabila kanak-kanak terbabit menceritakan mengenai kejadian itu kepada ibunya.

Pihak tadika kemudiannya menawarkan pampasan berjumlah £5,693 kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Mereka mengambilnya tetapi tetap membuat laporan polis.

Guru tadika itu telah ditangkap atas tuduhan mendera.

Manakala wang pampasan yang dibayar oleh tadika terbabit akan digunakan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk rawatan psikologi anak mereka.

Dalam pada itu, satu lagi pasangan suami isteri mendakwa kes berkenaan bukannya terpencil malah ada kanak-kanak yang mengalami mimpi ngeri.

Sumber – malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *