Hasilkan Udang Kering Sendiri Untuk Jamin Kebersihan

Rasanya suatu ketika dulu pernah viral di media sosial, dimana seekor anjing telah kencing pada ikan kering yang sedang dijemur. Eei tak sangka kan ikan masin yang sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas tu rupanya telah pun tercemar.

Seperti yang kita tahu proses untuk buat ikan, udang, sotong atau apa sahaja yang kering ini memang memerlukan ruang yang luas dan dibiarkan berhari-hari lamanya jemur dibawah sinaran matahari. Pastinya diragui tahap kebersihan dan kesuciannya bukan!

Hari ini kami ingin kongsikan dengan anda cara bagaimana untuk membuat udang kering sendiri. Resepi mudah ini telah dikongsikan oleh Pn Suhaila Ishak di laman facebook beliau.

Jom kita tengok cara-caranya;

Rebuskan udang segar dengan sedikit garam. Udang itu tidak perlu dibuang kepala dan kulitnya, anda cuma perlu basuh kemudian rebuskan terus sehingga air rebusan menjadi kering.

Okay disini la bermulanya proses untuk jadikan ia udang kering.

Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk mengeringkan udang tadi ye. Pertamanya, jemurkan dibawah cahaya matahari sehingga betul-betul kering. Jika cuaca panas jemur sehari pun sudah boleh kering tetapi jika cuaca mendung dan hujan harap bersabar lah ye.

Cara yang kedua, masukkan udang tadi kedalam oven pada suhu 100-150 darjah celcius dan bakar selama 20 minit sehingga betul-betul kering.

Setelah udang betul-betul kering, masukkan ke dalam plastik kemudian ramas-ramaskan udang tersebut untuk mengasingkan isi dengan kulitnya. Siap! Anda boleh simpan kedalam bekas kedap udara untuk pastikan ia tahan lama.

Dengan cara ni terjamin kebersihanya kan tak ada la selalu terbeli udang kering hapak yang tak tahu berapa lama tersadai di kedai tu. Selamat mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *