Hormati tradisi keluarga diraja Britain, Meghan tutup semua akaun media sosial

Tunang kepada Putera Harry, Meghan Markle dilaporkan telah menutup semua akaun media sosialnya bagi menghormati tradisi keluarga diraja Britain.

Pihak istana dalam sebuah kenyataan memaklumkan tindakan bakal isteri putera Harry itu telah memadam akaun Facebook, Twitter dan Istagram miliknya.

Meghan dikatakan sangat berterima kasih dengan semua peminat yang telah mengikuti perkembangannya selama ini.

Bagi mereka yang mahu mengikuti perkembangan hidup wanita ini, istana Kensington mempunyai akaun media sosialnya sendiri.

Megan dan Harry dilaporkan bakal berkahwin pada 19 Mei di Istana Windsor.

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *