Ibubapa tak berdisiplin jadi ikutan kepada anak-anak

Anak-anak adalah ibarat kain putih ketika dilahirkan dan ibubapa adalah individu yang akan mencorak anak-anak itu untuk menjadi baik atau sebaliknya.

Memang tidak dapat dinafikan pelajar sekarang banyak terlibat dengan masalah disiplin. Peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar ini sangat membimbangkan.

Jika tidak dibendung perkara ini dibimbangkan akan membawa ke arah yang lebih buruk seperti terlibat gejala sosial seperti dadah, buli dan macam-macam lagi. Tetapi, salah siapa yang menyebabkan anak-anak ini tidak berdisplin?

Ramai ibubapa tidak sedar sikap mereka yang tidak berdisiplin menyebabkan ia menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Biasanya anak-anak menjadikan ibubapa sebagai sumber rujukan dalam kehidupannya.

Dengan kata lain, sikap ibubapa yang tidak bertanggungjawab dan bersiplin menyebabkan anak-anak akan membesar menjadi seseorang yang tidak berdisplin. Perkara ini mudah dilihat seawal hari pertama persekolahan.

1. Mak ayah yang tidak mengikut arahan

Realiti yang akan dapat dilihat sekarang apabila ibubapa yang menghantar anak-anak untuk hari pertama sekolah akan berada bersama anak setiap masa termasuklah di tapak perhimpunan sekolah.

Walaupun, guru meminta kerjasama ibubapa untuk beredar dari tapak perhimpunan untuk kelancaran aktiviti, terdapat ibubapa yang mengabaikan arahan itu malah sempat lagi meminta anak-anak mereka bergambar.

Perkara ini tanpa ibubapa sedar menunjukan contoh yang tidak baik pada anak untuk menjadi degil dan tidak mendengar arahan.

2. Duduk tempat makan murid ketika di kantin

Hakikat yang sering dilihat adalah ibubapa yang membanjiri kantin sekolah anak-anak hanya semata-mata mahu temankan anak-anaknya makan. Akibatnya, murid lain tidak mempunyai tempat duduk untuk makan.

Sikap ini membuatkan ibubapa mengajar anak untuk menjadi seorang yang mementingkan diri dan mengambil hak orang lain.

3. Ambil gambar waktu sesi belajar

Dengan kecanggihan teknologi dan media sosial, ramai ibubapa sibuk untuk mengambil gambar anak-anak ketika hari pertama di tempat belajar dan menganggu sesi pembelajaran anak-anak. Walaupun sudah diminta oleh guru untuk beredar tetap ibubapa masih menunggu anak-anaknya.

Ibubapa telah mengajar anaknya untuk tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak mempercayai dengan seseorang yang menjalankan tugas, serta tidak menghormati orang lain.

4. Cakap menipu

Disebabkan anak tidak mahu pergi ke sekolah terdapat ibubapa yang sanggup menipu anak bahawa akan membawa mereka pergi ke sesuatu tempat yang menarik.

5. Ambil hak orang

Disebabkan ibubapa beratur bersesak-sesak dengan murid lain hanya kerana mahu mengajar anak cara membeli di kantin menyebabkan ramai lagi murid di belakang tidak dapat membeli makanan.

Ibubapa telah mengajar anak-anak untuk mementingkan diri sendiri dan mengambil hak orang lain. Tidak salah mahu mengajar anak untuk membeli makanan tetapi mungkin boleh buat role play jual beli di rumah.

6. Parking kereta sesuka hati

Parking kereta dipenuhi dengan kereta ibubapa yang mahu mengambil anak dan berusaha untuk parking di depan pintu sekolah kerana tidak mahu berjalan jauh.

Disebabkan itu murid lain menangis kerana tidak dapat mencari van sekolah kerana diselindungi kereta ibubapa lain yang pentingkan diri.

Oleh itu, ibubapa tanpa sedar telah mengajar anak-anak untuk mementingkan diri dan tidak peduli dengan orang lain serta mengambil hak orang lain.

Sedarlah ibubapa sebenarnya sikap nakal, degil dan tidak berdisplin anak itu kerana hasil didikan kita. Tanpa kita sedar perbuatan buruk itu telah menjadi ikutan anak-anak. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *