Insiden ‘hidup dan mati’, terserempak dengan dua harimau

NEW DELHI – Dua lelaki berdepan detik mencemaskan apabila terserempak dengan dua harimau ketika sedang melalui sebatang jalan di Gujarat, India baru-baru ini.

Insiden ‘hidup dan mati’ itu berlaku di Nagpur, Maharashtra dan sempat dirakam penduduk yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Menerusi rakaman video berdurasi empat minit, dua pemuda yang menunggang motosikal kelihatan berhenti di tepi jalan selepas menyedari seekor harimau dewasa keluar secara tiba-tiba dari belukar berdekatan.

Beberapa saat selepas itu, muncul seekor lagi harimau dewasa, namun kedua-dua pemuda berkenaan tidak panik sebaliknya bertindak mengeraskan diri.

Ajaibnya, harimau tersebut seolah-olah tidak berminat dengan kelibat manusia di hadapannya sebelum masuk semula ke kawasan belukar.

Difahamkan, Nagpur mempunyai populasi harimau yang banyak dan haiwan pemangsa itu sering menceroboh kawasan yang didiami manusia. – Times of India

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *