Insidious: The Last Key Pembuka Filem Seram Tahun 2018

Tirai filem seram untuk tahun 2018 dibuka dengan filem ‘Insidious: The Last Key’ yang mana ia juga merupakan filem franchise keempat untuk filem sebelum ini iaitu Insidious (2010), Insidious: Chapter 2 (2013), Insidious: Chapter 3 (2015).

Cerita juga semakin menumpukan kepada kisah parapsychologist Dr. Elise Rainier (Lin Shaye) yang perlu kembali berlawan dengan iblis yang cuba mengganggu hidup manusia. Filem itu juga akan mendedahkan banyak fakta mengenai kehidupan Elise dari kecil.

Iaitu sewaktu dia boleh berkomunikasi dengan roh sehingga ke latar belakang keluarga Ellie. Namun, selain memberikan sesuatu yang baru dan segar, Insidious: The Last Key memilih jalan yang berbeza dengan menuju kearah kehancuran dan seolah-olah lupa bagaimana untuk membuat penonton teruja.

Iblis yang menjadi kunci utama filem itu juga tidak menunjukkan keseraman Insidious seperti yang sebelum-sebelum ini. Seperti diketahui, hasil kerja franchise Insidious mula menurun sejak filem ketiganya dikeluarkan.

Dan hasilnya, filem itu berjalan seperti biasa, sehinggakan tiada perkara menarik berlaku yang boleh meninggalkan kesan yang baik kepada penonton. Namun, apa pun, filem Insidious telah mempunyai peminatnya yang tersendiri dan yang pastinya ramai orang sudah tidak sabar untuk menyaksikan filem itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *