Instafamous Gila Glamour Ambil Baju Pengantin Tanpa Izin

Jika sebut nama akaun Instagram @itsrosenicotine dan juga @danielzamrii, pasti netizen terutama sekali golongan remaja akan mengenali dua individu yang sangat terkenal dengan video parodi mereka di Instagram sehingga mereka digelarkan sebagai ‘instafamous’.

Namun, baru-baru ini heboh di media sosial apabila kedua-dua ‘instafamous’ itu dikatakan telah memakai baju pengantin dan pelamin orang lain tanpa meminta izin pengantin terlebih dahulu untuk membuat video parodi lagu ‘Pematah Hati’.

Lebih mengharukan, disebabkan oleh video parodi atas pelamin dengan memakai baju pengantin itu, ramai pengikut mereka menyangkakan pasangan itu telah berkahwin dan masih sempat membuat video parodi meskipun telah menjadi pengantin.

Akan tetapi, yang sebenarnya, menurut pendedahan individu yang dikenali sebagai Fathin Hananin Khairul Anuar di Facebook, kedua ‘instafamous’ itu sebenarnya tidak berkahwin tetapi telah mengunakan pelaminnya hasil titik peluhnya tanpa kebenaran.

Jelas individu itu, pada awalnya mereka meminta kebenaran untuk membuat video di kawasan khemah tetapi secara tiba-tiba mereka beralih ke kawasan pelamin dan bukan itu sahaja, tetapi mereka juga telah memuat naik gambar serta video di atas pelamin itu tanpa rasa malu.

Sedangkan pengantin sendiri belum merasmikan pelamin itu untuk hari bahagianya, selepas mengetahui kebenaran itu, netizen mula menyerang dan mengkritik tindakan ‘instafamous’ itu dengan mengatakan yang seperti biasa ‘instafamous’ sudah pasti sanggup lakukan apa sahaja asalkan terkenal.

Walaupun benda yang mereka lakukan itu boleh dikatakan sebagai kurang cerdik dan memalukan, tetapi ia boleh dimaafkan asalkan mereka mendapat pengikut serta likers yang ramai di Instagram. Tak kesah lah nak kumpul followers ke likers ke tapi tidak perlulah sampai nak kena guna pelamin orang.

Tunggu pelamin sendiri nanti tak boleh ke? Masa tu buatlah 10 video parodi sekali pun tiada masalah, tiada sesiapa akan kecam sebab pelamin sendiri. Namun, sayangnya video parodi itu telah dipadamkan dari YouTube. Mungkin sedar kesalahan sendiri, lepas ini jangan buat lagi ye. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *