Jaga aib keluarga ketika sidai baju diluar rumah

Jika orang dahulu seboleh-bolehnya mahu menutup aib keluarga dan diri dengan menyidai pakaian dan seluar dalam terutamanya pakaian dalam wanita di dalam rumah. Pakaian yang disidai di luar rumah hanya baju dan seluar sahaja.

Tetapi, orang sekarang seperti tidak mempunyai rasa malu dan mahu menjaga aib diri dan keluarga dengan menyidai baju dan seluar dalam di luar rumah sehingga menjadi tontonan dan menjamu mata orang ramai.

Tanpa segan silu baju dan seluar dalam di sidai di ampaian. Bukan itu sahaja ada antara jiran yang lebih biadap menyidai baju dan seluar dalamnya di pagar jiran.

Menjadi persoalan mengapa perlu menyidai baju dan pakaian dalam secara terang-terangan kepada orang ramai. Nak tayang jenama, nak orang tahu saiz coli, nak orang mengata seluar dan baju dalam sudah buruk?

Adakah wanita sekarang ini sudah tidak ada perasaan malu sehingga mahu orang lain tahu apa yang anda pakai? Orang yang lalu lalang antaranya lelaki dan lelaki gila seks dapat melihat saiz, bentuk dan corak pakaian dan baju dalam anda.

Sebelum ini, orang tidak tahu warna, saiz dan bentuk seluar dan baju dalam apa yang anak dan isteri pakai, tetpai kini sudah boleh membayang dan tahu warna baju dalam mereka.

Sedarkan kaum wanita perkara itu juga adalah aib bukan sahaja aib diri sendiri tetapi juga aib suami dan keluarga. Perkara seperti itu adalah sensitif dan perlu dijaga dan baju dan seluar dalam tidak boleh disidai sewenang-wenangnya di luar.

Disebabkan oleh sikap golongan wanita seperti ini jugalah yang menyebabkan banyak lelaki gila seks yang mengambil kesempatan dengan mencuri pakaian dan seluar dalam kerana anda seperti ‘rela’ membiarkan mereka mencurinya.

Bagaimanapun, sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga diharap dapat memberi nasihati pada anak dan isteri untuk menjaga aib keluarga dan menyuruh pakaian dan seluar dalam anak dan isteri tidak disidai di luar. Berusaha untuk mencari jalan ‘menyorokkan’ aib keluarga daripada diketahui oleh orang luar. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *