Jaga Kesihatan Jantung Dengan Amalkan Makan 10 Makanan Ini

Fungsi jantung adalah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi ke seluruh badan manusia dengan melalui sestem peredaran darah. Jika saluran darah pada jantung menjadi sempit ataupun tersumbat, maka akan terjadinya serangan sakit jantung.

Jantung yang sihat berupaya untuk mengepam 10,000 liter darah dalam masa satu hari dan akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

Penjagaan jantung sangat penting. Selain rajin melakukan senaman ringan, pemakanan anda juga harus dijaga untuk mengelakkan saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolestrol yang tinggi.

Makanan yang mengandungi omega 3 adalah salah satu contoh pemakanan yang baik untuk penjagaan jantung anda. Berikut adalah senarai makanan yang terbaik yang boleh anda amalkan untuk mengekalkan jantung yang sihat.

1. Oat

Makanan yang ber-oat ini sanagt kaya dengan asid lemak omega 3, folat dan kalium. Ia juga turut kaya dengan serat serta dapat membantu untuk menurunkan kadar kolestrol dan menghalang pembentukan plak di dinding arteri yang akan menyebabkan saluran darah anda tersumbat.

2. Salmon

Salmon adalah sejenis ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3. Ia sangat efektif untuk menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makan dua keping salmon setiap minggu mampu mengurangkan risiko dari terkena serangan jantung.

3. Avocado

Buah avocado memang kaya dengan lemak, tetapi ianya adalah lemak tunggal yang tidak tepu malah mampu menurunkan jumlah kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan jumlah kolestrol baik (HDL) dalam badan.

4. Minyak Zaitun

Minyak zaitun sangat bagus dijadikan penganti bagi mentega. Minyak zaitun juga mampu untuk mengatasi masalah jantung, saluran darah tersumbat, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

5. Kekacang

Kacang merupakan makanan ringan yang sangat kaya dengan manfaat. Akan tetapi ia juga bergantung pada jenis kacang yang dimakan juga. Sebaiknya pilih almond, hazelnut ataupun walnut kerana ia sangay baik bagi jantung anda.

6. Berries

Keluarga berries seperti bluebery, strawberry, raspberry dan sebainya ini sanagt kaya dengan anti radangan. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan risiko dari terkena penyakit jantung dan juga kanser.

7. Kacang Peas

Kacang peas, kacang merah dan juga kacang hitam sangat sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan. Khasiat yang terkandung didalamnya akan melindungi dan menjaga jantung anda supaya menjadi bertambah sihat dan cergas.

8. Bayam

Sayur bayam mempunyai nutrisi yang sempurna untuk menjaga kesihatan jantung anda. Ia kaya dengan vitamin A, C, Folat serta Magnesium yang sangat diperlukan oleh jantung. Perbanyakkan makan sayur bayam demi menjaga jantung anda.

9. Biji Rami / Flax Seed (Linseed)

Campurkan biji rami dengan oat meal semasa sarapan pagi. Ianya bijirin yang sangat banyak dengan kandungan serat dan omega 6.

10. Kacang Soya

Minum minuman kacang soya yang dibuat sendiri di rumah lagi baik kerana tidak mengandungi sebarang bahan pengawet. Amalkan minum air soya panas tanpa gula setiap minggu akan membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *