Jangan Masuk Kedai Makan Yang Ada Gambar Ini

Perasan tak kalau pergi mana-mana kedai makan ternampak macam ada mentera tergantung didinding. Pernah tak anda terfikir benda tu untuk apa?

Sebenarnya itu adalah azimat yang digunakan sebagai pelaris dan pendinding kedai. Tak kisah la kedai makan atau kedai runcit sekali pun, kebanyakkanya mesti menggunakan benda ini. Jika dilihat dengan teliti, ayat-ayat al-quran yang digunakan terbalik dan maksudnya juga sudah jauh terpesong.

Kalau anda perasan, kadang-kadang kedai makan yang ramai orang tu bila dibungkus makanannya untuk dibawa balik ke rumah akan jadi tidak sedap. Tetapi bila makan dikedai rasanya sedap dan sentiasa ramai pelanggan. Bukan ini sahaja, sebenarnya terdapat banyak lagi bentuk-bentuk dan azimat yang digunakan untuk menarik pelanggan.

Oleh itu, jika anda masuk dan ternampak tak kiralah kedai makan atau kedai gunting rambut sekali pun, sebaiknya segera meninggalkan kedai tersebut. Pergi cari kedai lain sekurang-kurangnya anda tidak bersubahat sekali dengan amalan syirik tuan kedai tersebut.

Penggunaan azimat atau pelaris adalah salah disisi agama Islam. Amalan ini boleh dikira sebagai khurafat, syirik dan perbuatannya adalah berdosa besar. Sesungguhnya
perbuatan menyekutukan Allah S.W.T ini tidak akan membau syurga.

Hukum khurafat adalah HARAM! Pelakunya juga boleh terkeluar dari Islam dan menjadi murtad/kafir dan segala amalannya didunia ini tidak akan diterima Allah S.W.T.

Terdapat pelbagai cara lain yang boleh digunakan untuk memajukan perniagaan. Cukup dengan mempunyai hati yang ikhlas, jujur, niat yang baik pasti Allah S.W.T akan sentiasa membantu meringankan kehidupan.

Selain itu, sentiasalah amalkan zikir dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran, malah lebih baik bali jika selalu mengamalkan solat dhuha, berdoa dan bersedekah pasti pintu rezeki akan terbuka luas untuk anda.

Wallahua’lam. – utaranews.com

One thought on “Jangan Masuk Kedai Makan Yang Ada Gambar Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *