Jangan ‘tangkap muat’ bakal suami jika mahu jodoh berpanjangan

Untuk memilih pasangan hidup itu bukanlah mudah dengan hanya memandang paras rupa sahaja. Ramai wanita yang mengakui sukar untuk menentukan siapa lelaki yang boleh dijadikan sebagai pendamping hidup.

Memilih bakal suami ini bukan boleh dilakukan secara ‘tangkap muat’ kerana apabila sudah mendirikan rumahtangga kehidupan kita akan berubah 100 peratus. Berkahwin biarlah atas dasar tanggungjawab, bukan sekadar cinta dan rupa semata-mata.

Jika berkahwin kerana rupa suatu hari nanti rupa itu akan pudar, berkahwinlah atas dasar tanggungjawab kepada pasangan. Di sini disertakan 8 ciri-ciri bakal suami yang perlu ada jika mahu jodoh berpanjangan.

1- Perilakunya

Carilah seorang lelaki yang mempunyai perilaku yang terpuji atau baik. Suami seperti ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi seorang ayah yang hebat dan baik untuk anak-anaknya. Malah, perilaku baik suami ini akan menjadi ikutan anak-anak.

2- Bertanggungjawab

Seorang calon suami haruslah mempunyai sifat bertanggungjawab. Carilah pasangan yang bertanggungjawab kerana bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya kelak. Malah, lelaki yang mampu mengatur waktu untuk berkumpul bersama keluarga.

3- Dewasa dalam pola pemikiran

Pilih suami yang mampu menangani masalah dengan baik. Cara seseorang itu menangani sebarang masalah menunjukkan sikap dewasa dalam dirinya.

4- Sederhana

Seorang calon suami yang hebat adalah hidup dalam keadaan bersederhana dan tidak suka dengan sesuatu secara berlebihan.

5- Faham bagaimana mahu berinteraksi dengan anak-anak

Bukan sahaja wanita yang perlu pandai berinteraksi dengan anak-anak, lelaki juga perlu memiliki naluri suka bermain dengan anak-anak. Jika lelaki itu pandai berinteraksi dengan anak-anak, ia berbakat untuk menjadi ayah yang baik.

6- Pandai mengutarakan perasaan

Calon ayah yang baik tahu waktu yang sesuai untuk mengutarakan perasaannya. Ketika dia sakit hati atau tersinggung dia berusaha untuk mengawal dan mengutarakan perasaan di waktu yang tepat.

7-Pergaulannya

Melihat bagaimana cara lelaki itu memilih kawan dalam setiap pergaulannya. kawan itu memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang, jika tersalah pilih kawan buruk padahnya.

Jika calon suami bergaul dengan orang yang mempunyai perangai buruk, maka fikirlah untuk melanjutkan lagi hubungan itu ke tahap yang lebih serius.

8-Keimanannya

Jaminan seseorang itu calon suami dan ayah yang baik adalah dengan melihat keimanannya. Jika dia mempunyai iman yang kuat dia tidak akan berani untuk melanggar setiap perintah dan larangan-Nya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *