John Cena Jadi Hero Filem Spin-Off Transformers Bumblebee

Projek ‘spin-off’ untuk filem Transformer yang bertajuk ‘Bumblebee’ telah menghampiri tahap penghasilan dan disebabkan itu, pihak Paramount Pictures telah bersedia untuk mengumumkan senarai lengkap pelakon serta tarikh filem itu akan dikeluarkan.

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Paramount Pictures, filem franchise keenam Transformer itu masih tetap dibantu oleh Hasbro dan proses penggambaran filem itu pula dilakukan sepenuhnya di selatan dan juga utara California sejak Isnin lalu.

Selain diarahkan oleh pengarah filem Kubo and the Two Strings, Travis Knight, filem ‘Bumblebee’ itu  akan dibintangi oleh Hailee Steinfel, Pamela Adlon, John Cena, Stephen Schneider, Jorge Lendeborg Jr., Jason Drcker, Kenneth Choi, Ricardo Hoyos, Abby Quinn, Rachel Crow, dan Grace Dzienny.

Sementara itu, filem ‘Bumblebee’ akan berlatar belakangkan tahun 1987 dan akan memberi tumpuan pada Bumblebee yang sedang mencari perlindungan di kawasan barang terbuang di persisir pantai California, Amerika Syarikat.

Dia filem itu juga masih akan dihasilkan oleh vateren di franchise Transformers iaitu Lorenzo di Bonaventura dan pengarah dari lima filem sebelum ini iaitu Michael Bay dan filem ‘Bumblebee’ itu dijangka kelar pada 21 Disember 2018. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *