Juara Singapore Idol Cari Pendapatan Dengan Jadi Pemandu Grab

Nama Muhammad Mirzahady atau lebih dikenali dengan sebagai Hady Mirza mungkin agak kurang dikenali tetapi dia sebenarnya adalah seorang penyanyi yang telah menjadi juara untuk program realiti TV Singapura, Singapore Idol.

Namun, bukan itu sahaja, tetapi, setahun selepas memenangi Singapore Idol, Hady kemudian sekali lagi menjadi juara selepas berjaya menewaskan wakil idol dari Malaysia, Indonesia, India, Vietnam dan Filipina yang menjadikannya sebagai Asian Idol.

Hady juga telah mengeluarkan dua buah album dan album pertamanya telah mendapat status platinum meskipun baru empat hari dikeluarkan. Namun, baru-baru ini, seorang penguna Grab telah mendedahkan yang Hady kini telah menjadi pemandu Grab di Singapura.

Mengunakan akaun Twitternya, @HanisRojo, penguna itu telah memuat naik ‘screenshot’ gambar profil Grab Hady yang mengunakan nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amin sambil berkongsi keterujaannya kerana mendapat peluang keemasan itu.

Berita mengenai Hady itu juga turut telah disahkan oleh akhbar Straits Times yang mana pemilik akaun itu memang benar adalah Hady, dia memandu kereta jenis Toyota Wish dan telah menerima rating sebanyak lima bintang dari penumpangnya.

Akan tetapi, Hady enggan memberikan keterangan lanjut mengenai isu itu.  Mungkin agak pelik untuk seorang penyanyi menjadi pemandu Grab tetapi untuk zaman seperti sekarang ini, ia bukan sesuatu benda yang aneh kerana Hady mungkin melakukan itu untuk mencari pendapatan tambahan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *