Jururawat dipecat rakam video ‘penyekkan’ muka bayi baru lahir

SEKUMPULAN jururawat Arab Saudi dipecat selepas merakam video menunjukkan mereka ketawa sambil ‘memenyekkan’ muka seorang bayi baru dilahirkan yang dirawat kerana jangkitan kuman.

Ibu bapa bayi berkenaan menyedari perbuatan tidak senonoh mereka selepas rakaman itu tersebar dalam talian dan dikongsikan di media sosial.

Dalam video itu, seorang jururawat dilihat memegang bayi itu pada tengkuk dan lehernya sebelum memicit muka bayi berkenaan manakala rakannya didengar ketawa.

Tiga jururawat di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu, kemudian dikenal pasti dan diambil tindakan.

Jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Taif, Abdulhadi Al-Rabie berkata, pihaknya menyiasat sumber video dan mengenal pasti jururawat serta hospital tempat ia berlaku.

Bapa bayi berkenaan memberitahu media tempatan, anaknya dimasukkan ke hospital selama 10 hari untuk rawatan jangkitan kuman pada saluran kencing.

Katanya, dia terkejut melihat video itu dikongsikan meluas di media sosial.

Pengguna media sosial turut menyelar perbuatan itu.

“Beraninya mereka berbuat begini. Tiga jururawat itu patutnya bersyukur saya bukan ibu bayi itu. Pasti saya penyekkan muka mereka dengan lebih kuat lagi!” kata seorang pengguna.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *