Kanak-kanak berdepan situasi sukar, citarasa bapanya dianggap ‘melampau’

KADANGKALA bukan orang dewasa sahaja yang mempunyai masalah dalam kehidupan, kanak-kanak juga mungkin mengalami situasi sukar di atas sebab-sebab tertentu.

Seorang kanak-kanak berdepan situasi ‘sukar’ dalam hidupnya dan memutuskan agar keinginannya didengari sewaktu berada di luar sebuah pasaraya.

Semuanya gara-gara bapa budak lelaki itu memakaikannya baju sejuk dan sarung tangan berwarna biru yang sepadan.

Citarasa bapanya itu dianggap ‘melampau’ oleh budak lelaki tersebut dan dia kemudian berbaring di atas lantai di luar sebuah kedai.

Seorang wanita yang prihatin dengan situasi itu terkejut melihat kanak-kanak berkenaan hanyat terbaring dan tidak bergerak di atas lantai sewaktu melalui kawasan itu.

Wanita tersebut bertanya tentang keadaan sebenar dan si bapa hanya membalas: “Dia kecewa melihat sarung tangannya sama warna dengan jaketnya.”

Wanita berkenaan mengambil gambar kanak-kanak itu dan memuat naik insiden melucukan itu di laman sosial.

Ia kemudiannya menerima lebih 25,000 ‘retweet’.

Seorang netizen turut memuat naik gambar anak perempuannya melakukan perkara sama kerana enggan melalui lorong lain di sebuah kedai runcit. – Mirror UK

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *