Kerajaan DAP gadai tanah kepada China?

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sering menunjukkan sifat retorik. Kalau orang lain yang buat, sudah pasti mereka akan mengecam dan mengkritik tindakan itu habis-habisan.

Tetapi jika mereka sendiri yang buat, pelbagai alasan akan diberikan untuk ‘menghalalkan’ tindakan dan keputusan yang telah mereka lakukan, walaupun ianya benda yang sama.

Pakatan pembangkang sebelum ini begitu lantang mengkritik apabila pihak Kerajaan Pusat membuat pengumuman untuk menjalinkan hubungan kerjasama ekonomi dengan Kerajaan China.

Mereka menjaja cerita dengan membuat dakwaan, kononnya pihak Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) mahu menjual negara kepada orang luar. Walhal, semua itu hanya sekadar pelaburan perniagaan diantara kedua-dua negara.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan sebelum ini sering membangkitkan mengenai status pegangan bebas atau pajakan (leasehold) bagi projek Forest City. Bagaimanapun, tindakan pakatan pembangkang itu dilihat sebagai satu taktik untuk melindungi apa yang berlaku di Pulau Pinang yang dibawah pimpinan DAP.

Tidak kira sama ada ia adalah pegangan bebas atau status pajakan kerana kedua-dua jenis tanah boleh diambilalih secara paksa oleh kerajaan negeri di bawah akta Pengambilalihan Tanah. Tiada perbezaan.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang telah berjanji untuk memberi 110 ekar tanah tebus guna yang bernilai RM6.34 bilion yang dijanjikan sebagai pegangan bebas kepada pemegang konsesi yang dianugerahkan projek Terowong Pulau Pinang.

Pemegang konsesi projek tersebut terdiri daripada satu syarikat tempatan dan dua syarikat China – Beijing Urban Construction Group serta China Railway Construction Corp.

Tanah pegangan bebas ini akan digunakan untuk membangunkan projek kondominium mewah dan kebanyakannya akan dijual kepada orang asing.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng patut mendedahkan perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan pemegang konsesi. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan juga patut bangkitkan isu ini dengan DAP kerana ia mebabitkan penjualan tanah kepada orang asing. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *