Kerajaan DAP P.Pinang lantik Datuk Bandar ‘Cina’ pertama di Malaysia

GEORGE TOWN – Ar. Yew Tung Seang akan dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang baru berkuatkuasa pada 20 Januari ini, bagi menggantikan Dato’ Maimunah Mohd. Sharif yang dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Program Habitat – UN di Nairobi, Kenya.

Ketika mengumumkan perkara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun memberitahu majlis istiadat angkat sumpah menerima jawatan Ting Seang serta Ir Addnan Mohd. Razali sebagai Setiausaha Bandaraya MBPP yang baru akan dilangsungkan pada 22 Januari ini.

“Kedua-dua mereka dilantik kerana masing-masing mempunyai pengalaman yang luas,” ujar Kon Yeow dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam sidang media di Komtar pada tengah hari tadi.

Turut serta, beberapa Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus sendiri.

Tung Seang sebelum ini merupakan Setiausaha Bandaraya MBPP, manakala Addnan pula merupakan Pengarah Kejuruteraan di PBT berkenaan.

Tung Seang ketika berucap selepas itu memberitahu beliau menerima pengumuman pelantikan tersebut dengan perasaan penuh rendah diri.

Difahamkan, Tung Seang merupakan individu pertama negara berbangsa Cina yang dilantik sebagai ‘Datuk Bandar’, bukan sahaja dalam MBPP bahkan dalam sejarah PBT peringkat Semenanjung Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *