Kerajaan digesa halang percubaan tukar Malaysia kepada negara Kristian

Gerakan Radical Evangelist for Christian State (RECS) dilihat sebagai satu ancaman pada negara. Gerakan itu dikatakan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Gerakan itu dilihat sudah semakin berani melebarkan kepercayaan mereka di Malaysia dan menghasut pesertanya untuk memerangi sesiapa yang menyekat mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof Datuk Mahamad Naser Disa, mendedahkan gerakan itu telah mula mengadakan penganjuran aktiviti di Johor Bahru.

Aktiviti yang dilakukan oleh RECS itu bertemakan ‘Johor For Jesus’ dengan pembabitan beberapa penceramah mereka yang dipercayai dari luar negara. Mereka dilihat menghasut peserta untuk sama-sama bangkit membantu mereka untuk menyebarkan kepercayaan mereka dengan lebih luas.

Oleh itu, Presiden Pertubuhan Jati (JATI), Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fithri Datuk Othman berharap kerajaan akan memandang serius tentang isu gerakan RECS ini untuk mengelak masalah ini menjadi lebih parah dengan mengambil tindakan semasa masalah ini masih di peringkat kecil.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu merancakkan operasi untuk menyekat penularan aktiviti ini dan seraun menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

“Golongan ini dilihat semakin berani melebarkan gerakan dengan aktiviti yang boleh mengganggu-gugat keamanan serta keharmonian negara.

“Kita tidak mahu aktiviti mereka yang jelas melanggar undang-undang ini dibiar berterusan tanpa tindakan oleh pihak berkuasa, apa lagi ianya boleh menimbulkan rasa resah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama negara ini,” katanya.

Katanya, pemimpin Islam dan ahli NGO Islam Malaysia juga perlu memberi sokongan padu untuk mengekang gerakan ini agar kepentingan umat Islam dan kedaulatan Islam di negara ini terjamin.

“Ia perlu dibendung sebelum memberi kesan kepada masyarakat, perkara paling utama adalah memelihara kepentingan dan agenda umat Islam, serta membantu dalam memastikan kedaulatan Islam terus teguh,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *