Kimk Kembali Beraksi Panas Untuk Peminat Instagram

Kim Kardashian atau KimK memang sangat dikenali sebagai salah seorang selebriti di Hollywood yang bukan sahaja mempunyai bentuk badan yang seksi tetapi isteri kepada Kayne West itu juga dilihat sering mengenakan pakaian yang seksi supaya bentuk badannya yang seksi itu boleh dilihat oleh semua orang.

Selepas itu gambar ‘cover’ majalah sensasinya sebelum ini, bintang ‘Keeping Up With The Kardashians’ itu telah mencipta kontroversi baru apabila memuat naik gambar panas yang menunjukkan dia berposing di atas katil.

Namun, yang menjadi tarikan pengikutnya adalah, KimK telah berposing di atas katil itu tanpa memakai pakaian dan hanya mengenakan seluar dalam berwarna putih.  Meskipun gambar panas itu diambil dari sebuah bilik yang gelap dan mengunakan bantuan ‘flash’ tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan KimK yang seksi itu dengan jelas.

Gambar itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikut KimK di Instagram yang mana rata-ratanya telah meninggalkan komen berbaur pujian kepada KimK mengatakan bentuk badannya sangat cantik dan dicemburi oleh semua wanita.

Malangnya disebabkan oleh gambar itu terlalu seksi, ia tidak boleh ditunjukkan disini, tetapi ia masih boleh dilihat di akaun Instagram KimK iaitu @kimkardashian.  -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *