Lagu Boy Iman bakal saingi DSV dan Datuk Terlajak Laris?

Beberapa hari lepas, Pengarah Urusan DBI Properties itu telah membuat satu posting di Instagram, menunjukkan dia seperti sedang menjalani satu penggambaran bersama caption mengatakan yang dia sudah tidak sabar untuk mengeluarkan lagu serta muzik video lagunya yang bertajuk ‘Malas Nak Layan’.

Jelas Boy Iman, lagu hasil ciptaan sepenuhnya Edry KRU itu dibuat khas selepas ‘musibah’ yang melandanya sebelum ini dan lagu ‘Malas Nak Layan’ itu dituju khas untuk mereka yang menyokong serta mengecamnya sepanjang insiden yang melanda dirinya.

Sebelum ini, nama Datuk Boy Iman mula menjadi sensasi apabila dia didakwa cuba melakukan penipuan penjualan rumah mengunakan nama syarikat DBI Homes sehinggakan dia ditahan pihak polis. Mungkin itu sebabnya mengapa lagu itu diberikan tajuk ‘Malas Nak Layan’.

Ingatkan fenomena ini akan berakhir selepas lagu ‘Abang Nak Tegur’ Datuk Aliff bersama Nur Sajat tidak menerima reaksi yang positif seperti lagu ‘I am Me’, DSV, tetapi rupanya tidak. Bila fikirkan untung betul KRU, mana-mana Datuk sendu yang ingin mengeluarkan lagu pasti akan cari KRU.

Yang sudah pastinya, Datuk-Datuk itu tidak akan memberikan bayaran yang tidak sedikit, tambahan pula muzik video untuk lagu usahawan kosmetik berjaya itu bernilai jutaan ringgit. Tapi, terfikir juga berapa pula agaknya nilai muzik video untuk lagu Datuk Boy Iman ini.

Adakah akan menandingi muzik video ‘Abang Nak Tegur’ yang dikatakan adalah muzik video yang paling mahal pernah dihasilkan di Malaysia. Jadi, jika Datuk Aliff buat sampai ke Sepanyol, jadi mungkin Datuk Boy Iman boleh berlakon sebagai kontraktor rumah.

Makin tidak sabar pula ingin nantikan saat lagu serta muzik video ‘Malas Nak Layan’ khas dari Datuk Boy Iman itu keluar, mana tahu suara Datuk Boy Iman sebenarnya sedap didengar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *