Lelaki lepas 100 tembakan ketika lakukan ‘serangan hendap’

LELAKI yang menembak mati timbalan sheriff dan mencederakan empat lagi anggota polis, melepaskan kira-kira 100 tembakan ketika melakukan ‘serangan hendap’ di sebuah bangunan apartmen di Denver ialah bekas tentera Amerika Syarikat yang pernah berperang di Iraq.

Menurut Daily Mail, lelaki itu, Matthew Riehl, 37, menyiarkan video di YouTube awal bulan lalu, menyatakan mahu merebut jawatan Sheriff tempatan. Riehl ditembak mati oleh polis.

Reuters melaporkan, menurut kenyataan Pejabat Sheriff Daerah Douglas, lelaki itu menembak mati timbalan Sheriff Zackari Parrish, 29, dan mencederakan empat anggota polis serta dua orang awam.

Sheriff Tony Spurlock berkata, belum dapat dipastikan punca serangan dan beliau tidak menyatakan jenis senjata api yang digunakan penyerang.

Menurutnya, semua anggota polis itu pergi ke kompleks apartmen itu untuk menyiasat pertengkaran yang berlaku kira-kira 3 pagi waktu tempatan.

Dua lelaki berada dalam apartmen berkenaan dan seorang daripada mereka memberitahu lelaki itu berkelakuan pelik dan mungkin menghadapi masalah mental.

Mereka kemudian meninggalkan apartmen itu selepas memastikan tiada jenayah dilakukan namun kembali pada 5.15 pagi berikutan aduan kedua.

Sebaik memasuki apartmen, Riehl melepaskan tembakan membunuh Parrish dan mencederakan tiga lagi.

Kira-kira 7 pagi, pasukan SWAT melakukan serangan dan berlaku berbalas tembak menyebabkan Riehl terbunuh dan seorang lagi polis cedera.

Sumber –hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *