Lima perompak serbu Hotel Ritz bawa lari barang kemas

PARIS: Sekumpulan lima perompak menyerbu Hotel Ritz di sini, semalam dan membawa lari barang kemas dianggarkan bernilai empat juta euro.

Sumber polis berkata, tiga daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan di lokasi kejadian tetapi baki dua lagi anggotanya berjaya melarikan diri.

Sementara itu, sumber kehakiman mendedahkan bahawa barang kemas terbabit dianggar bernilai lebih empat juta euro (RM19 juta).

Lima suspek bersenjatakan kapak dilaporkan tiba di hotel mewah itu pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) dan memecahkan tingkap di aras bawah sebelum melarikan diri dengan barang kemas terbabit.

Insiden itu juga menyebabkan beberapa jalan di sekitar hotel itu ditutup oleh pasukan keselamatan.

“Pelbagai barang kemas yang dihasilkan pereka terkenal dunia sedang dipamerkan di Hotel Ritz,” kata sumber polis. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *