Manfaat Kulit Bawang Kepada Pokok Bunga Dan Pokok Buah-Buahan

Penggunaan bawang merah dalam masakan adalah sangat penting, ini kerna tanpa gunakan bawang merah pastinya masakan anda akan menjadi kurang enak.

Tetapi tahukah anda, kulit bawang yang telah dikupas itu sebaiknya jangan dibuang begitu sahaja. Ada manfaatnya untuk tanaman tau.

Kulit bawang tadi boleh dijadikan baja untuk pokok-pokok yang ditanam di halaman rumah anda. Menurut satu perkongsian daripada Puan Hazimah Imn Ismail Imn di ruangan facebook beliau bahan-bahan yang perlu digunakan ialah,

Kulit bawang merah
Air secukupnya

Cara pembuatannya pula;

Rendamkan semalaman kulit bawang kedalam air. Kemudian, siramkan sahaja terus pada tanaman anda bersama-sama dengan kulit bawang tadi. Jika ada lebih boleh disimpan untuk kegunaan nanti.

Antara manfaat yang boleh didapati dengan penggunaan baja kulit bawang merah ini adalah pokok anda akan menjadi lebih subur, mengelakkan pertumbuhan pucuk baru dan mempercepatkan proses keluar bunga dan buah. Ia juga mampu membunuh hama serangga yang melekat pada pokok.

Mudahkan, tak sangka rupanya kulit bawang pun banyak faedahnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda semua. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *