Maya Karin Sedang Mencari Cinta Baru?

Pelakon dan penyanyi cantik jelita iaitu Maya Karin mengatakan yang dia sudah bosan untuk memberikan jawapan yang sama kepada wartawan apabila ditanya mengenai status-nya yang masih single sehingga ke hari ini.

Menurut Maya, dia kini masih lagi mencari cinta hati tetapi masih belum menemui calon yang sesuai. Jelas Maya, pada malam tahun baru lepas, Maya menyambut seorang diri, duduk diatas katil sambil mendengar bunyi bunga api diluar.

Bercakap mengenai tahun baru, Maya mengatakan yang azamnya untuk tahun 2018 ini adalah untuk memperbaiki kemahiran masakannya kerana Maya ingin mengadakan jamuan makan untuk 10 orang tetamu selama sebulan sekali.

Selain memasak, Maya juga mengatakan yang untuk tahun baru ini juga dia ingin melebihkan tumpuan kepada bersenam kerana dia merasakan yang dirinya sudah tidak secergas dahulu. Tapi, walaupun, tidak secergas dahulu tetapi Maya tetap cantik dan menawan seperti dahulu.

Manakala untuk karier seninya pula, untuk tahun ini, Maya akan menyiapkan album terbarunya yang akan menampilkan kerjasama Maya bersama beberapa komposer baru, manakala untuk filem, dua filem Maya iaitu Munafik 2 dan Olympic Dream akan ditayangkan pada tahun ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *