Mentor Otai Bakal Ketengahkan Bakat Terpendam ‘Orang Lama’

Jika dahulu rancangan realiti yang menumpukan kepada pencarian bakat dalam bidang nyanyian pasti hanya untuk generasi muda sahaja, kini trend itu sudah berubah dan berkembang yang akan adanya rancangan realiti yang turut sama boleh disertai oleh ‘orang lama’.

Sempena tahun baru 2018 ini, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, Puan Zurina Othman mengatakan TV3 bakal memperkenalkan rancangan yang akan memberikan peluang kepada ‘orang lama’ yang berbakat untuk merealisasikan impian mereka menjadi seorang penyanyi.

Dengan menyertai rancangan yang diberi nama ‘Mentor Otai’. Jelas Puan Zurina Othman, rancangan ‘Mentor Otai’ mempunyai konsep mentor-protégée yang sama seperti rancangan ‘Mentor’ sebelum ini cuma kali ini dia akan disertai oleh individu yang berusia 35-55 tahun.

Selain itu, rancangan ‘Mentor Otai’ ini juga akan menampilkan barisan mentor yang cukup berpengalaman untuk membimbing protégée mereka dan ia adalah Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider, dan Zarul Umbrella.

Namun begitu, peserta yang berminat untuk menyertai uji bakat yang bakal diadakan pada 27 & 28 Januari dan 3 & 4 Febuari ini di Hotel Royale Chulan Damansara perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Antara kriteria itu adalah, warganegara Malaysia yang berumur 35-55 tahun, berbakat dalam bidang nyanyian, berpakaian kemas serta profesional, bawa Salinan lagu minus one yang hendak dinyanyikan dalam CD, dan akhir sekali bebas dari mana-mana kontrak bersama syarikat rakaman.

Jadi, jika anda berminat pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menghadiri sesi ujibakat di Petaling Jaya kelak. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *