Minyak Zaitun Panas Mampu Bantu Luruskan Rambut

Dari dulu lagi kita selalu dengar istilah ‘rambut adalah mahkota wanita’. Ya, wanita memang sangat pentingkan rambut mereka. Ada yang suka panjang, pendek, kerinting, lurus dan sebagainya.

Ramai wanita yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata hanya untuk penjagaan rambut sahaja. Mana taknya kan, cuba bayangkan kalau perempuan tak ada rambut..,tak ke aneh rupanya.

Tetapi penggunaan bahan kimia yang kerap hanya akan membuatkan rambut anda cepat gugur, rosak, alergi dan bermacam-macam lagi. Tahukah anda sebenarnya terdapat pelbagai bahan semulajadi yang ada di dalam rumah juga boleh digunakan untuk mendapatkan rambut menawan.

Disini kami ingin kongsikan beberapa bahan semulajadi dan cara untuk dapatkan rambut lurus, cantik dan sihat.

1. Larutan Minyak Panas

Anda boleh lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut yang lurus menawan. Ini kerana haba yang dihasilkan semasa melakukan rawatan itu akan membantu mengawal rambut yang beralun/kerinting agar menjadi lurus.

Bukan guna minyak masak ye. Anda boleh gunakan minyak zaitun, minyak almond ataupun minyak bijan.

Cara penggunaannya pula cukup mudah iaitu anda cuma perlu panaskan minyak menggunakan microwave selama 20 saat. Biarkan suam seketika kemudian sapukan pada keseluruhan rambut dan urut selama 15 hingga 20 minit. Setelah selesai, sikat dan bungkus rambut anda dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit bertujuan untuk memudahkan minyak diserap dengan sekata. Selepas itu boleh dicuci seperti biasa.

p/s: jangan keringkan rambut terus, sikat dengan menggunakan sikat bergigi jarang sementara rambut masih basah.

2. Santan Kelapa

Caranya, ambil satu gelas besar santan kelapa kemudian campurkan dengan jus dari sebiji lemon. Kacau sekata dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga terjadinya lapisan krim pada permukaan campuran santan tadi. Ambil krim tersebut dan sapukan pada seluruh rambut sehingga terkena kulit kepala. Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas seperti biasa.

3. Telur Dan Minyak Zaitun

Pukul sebiji telur bersama 4 sudu minyak zaitun kemudian sapukan bahan tadi pada keseluruhan rambut. Bungkuskan rambut anda dengan shower cap selama 30 hingga 40 minit kemudian cuci seperti biasa.

Tak sangka kan dengan menggunakan bahan semulajadi yang memang tersedia selalu di dapur rumah pun boleh dapatkan rambut lurus dan cantik. Yang penting sihat tanpa bahan kimia. Selamat mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *