Nasib Melayu P.Pinang semakin terpinggir

Atas nama pembangunan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan parti DAP atau lebih dikenali sebagai parti Roket sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengenepikan hak orang ramai terhadap kawasan yang ingin dibangunkan.

Jika dilihat dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu jelas menunjukkan mereka lebih mementingkan dan mengutamakan keuntungan untuk penuhkan kantung sendiri sahaja tanpa memikirkan keperluan serta hak rakyatnya.

Apa yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu disifatkan lebih kepada perang politik untuk menunjukkan bahawa mereka mampu melakukan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) membabitkan isu pembangunan dan pendapatan negeri.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sering mendakwa kononnya sejak mereka mentadbir negeri itu telah banyak perubahan yang dilakukan, pembangunan dan ekonomi negeri itu berkembang berbanding kerajaan sebelum ini.

Malah beliau turut mendabik dada mendakwa bahawa kehadiran banyak pelaburan yang dibawa ke negeri itu adalah hasil usaha yang dilakukan mereka, banyak pembangunan hartanah dilaksanakan walaupun hak rakyat hilang.

Sejak kebelakangan ini sering kedengaran cerita mengenai strategi terancang digerakkan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk meminggirkan penduduk Melayu di bahagian pulau ke tanah seberang. Bagaimanapun, strategi terancang ini sebenarnya sudah lama kedengaran.

Ini boleh dilihat apabila nasib penduduk Melayu di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong yang sudah berusia hampir 100 tahun kini beralih tangan apabila diserahkan kepada pemaju perumahan yang akan membangunkan kampung itu dengan projek rumah mewah yang jelas tidak mungkin mampu dimiliki orang Melayu di negeri Pulau Mutiara itu.

Jika ada pun, mungkin jumlahnya boleh dikira dengan jari. Tindakan ini amat mendukacitakan apabila penduduk Melayu di bahagian pulau negeri itu mula dihalau keluar dari kampung masing-masing.

Lebih menyedihkan dan malangnya apabila penduduk diberi rumah kos rendah tidak setimpal harganya dengan tanah yang tergadai itu. Kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menghalau orang Melayu ini tidak terhenti disitu sahaja, malah penduduk Melayu di Balik Pulau pun turut bakal menerima nasib sama.

Jelaslah strategi dirancang, biarlah semua penduduk Melayu berpindah dan bermastautin di Seberang Prai serta bahagian pulau untuk penduduk Cina. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *