Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha Sandha

Jika anda sering mengikuti berita-berita gosip tanah air, pasti anda pernah terbca akan satu khabar angin yang mengatakan pelakon cantik Nelydia Senrose sedang hangat bercinta dengan bekas suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Tan Sri Ramli Ngah Talib atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Khabar angin yang tersebar itu bukan sahaja mengatakan yang mereka sedang hangat bercinta tetapi juga mengatakan yang pasangan itu sudah berada ditahap perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Akan tetapi kesahihan berita itu masih tidak diketahui.

 

Namun, kini persoalan itu terjawab apabila pelakon drama ‘Setia Hujung Nyawa’ itu tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut Nelydia, khabar angin yang tersebar itu tidak benar, dan dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita seperti itu boleh tersebar.

Jelas Nelydia lagi, dia memang berkawan dengan Jejai tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada kawan biasa, dan jika keluar bersama sekali pun, mereka tidak akan keluar berdua kerana Nelydia sentiasa akan ditemani oleh adik serta kakaknya.

Dan disebabkan itu, Nelydia menegaskan yang dia masih belum ada kekasih selepas putus cinta dahulu dn berharap agar jodohnya nanti adalah seorang lelaki yang matang dan boleh membimbingnya menjadi isteri yang solehah. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *