Netizen Tak Percaya Farid Kamil Tampar Polis

Seperti yang kita semua ketahui, seluruh media dan portal hiburan melaporkan yang pelakon serta pengarah terkenal bergelar Datuk iaitu Datuk Farid Kamil telah ditangkap polis kerana menampar anggota polis serta menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara.

Berikutan berita penangkapan itu, netizen mula membanjiri akaun media sosial Farid Kamil dengan pelbagai komen serta pandangan mereka mengenai isu itu.

Rata-rata netizen yang juga merupakan peminat Farid mengatakan yang mereka berasa kurang percaya pada berita yang pelakon ‘Remp-it’ itu telah ditahan kerana berita itu umpama satu khabar angin kerana Farid sangat terkenal dengan imejnya yang bersih dalam industri.

Namun, bukan itu sahaja, persoalan netizen bertambah apabila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengatakan yang hasil ujian air kencing mendapati pelakon dan juga pengarah itu positif dadah jenis ganja.

Malah, sehinggakan netizen membuat spekulasi mengatakan yang berita penangkapan Farid Kamil itu hanyalah sebahagian daripada gimik untuk mempromosikan filem terbarunya sahaja. Akan tetapi, terdapat juga segelintir netizen yang kurang sensitif dan bertindak mengecam Farid Kamil.

Meminta supaya gelaran Datuk yang diberikan kepadanya ditarik semula. Tetapi ia hanyalah cerita dari sebelah pihak sahaja, jadi sebelum spekulasi bertukar menjadi fitnah, adalah lebih baik jika kita tunggu penjelasan lanjut daripada Datuk Farid Kamil, ataupun isternya, Datin Diana Danielle.

Dan, berhenti membuat sebarang spekulasi kerana ianya hanya akan menambahkan lagi luka dihati keluarga Farid Kamil yang mungkin masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya. Apapun, kita doakan yang terbaik. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *