Parti Cap Bunga tak akan mampu perjuangkan nasib bangsa melayu di P.Pinang

Mampukah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad memperjuangkan nasib masyarakat Melayu di Pulau Pinang, soal aktivis sosial Pulau Pinang, Azman Haj.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat parti Bunga itu yang mahu mencabar 10 kerusi DUN milik UMNO di negeri Pulau Mutiara itu.

“Bermakna semuanya kerusi majoriti Melayu la. Keseluruhan kerusi majoriti Melayu adalah 15 dan semuanya ditandingi oleh UMNO.

“Jika PPBM ambil 10 maka bakinya 5 akan dibahagikan kepada PAN dan PKR. Pastinya PAN akan ambil kerusi PAS iaitu Penaga (atau Sg Acheh) dan Permatang Pasir, PKR akan kekal bertanding di Bertam, Penanti dan Teluk Bahang.

“Selebihnya akan ditandingi oleh PPBM,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata PAS juga tidak akan ketinggalan akan meletakan calon mereka terutamanya di 11 kerusi tradisi parti Islam itu.

“11 kerusi tradisi PAS seperti Pinang Tunggal, Penaga, Sg Dua, Pmtg Berangan, Penanti, Permatang Pasir, Sungai Acheh, Sungai Bakap, Batu Maung, Bayan Lepas dan Pulau Betong.

“Bermakna 10 kerusi Melayu akan menyaksikan pertembungan antara UMNO, PAS dan PPBM, dan 2 kerusi antara UMNO, PAS dan PAN dan 3 kerusi antara UMNO, PKR dan PAS.

“Ini akan menyaksikan jika Pakatan Harapan menang dan jika PPBM menang semua, maka mereka akan menguasai majoriti Melayu yang serupa dengan UMNO sekarang disamping 5 kerusi dari PAN dan PKR,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kerusi DUN di Pulau Pinang adalah 40, maka ditolak 15 tinggal 25 yang akan di tandingi oleh DAP dan PKR.

Jadi, kata Azman, ini akan menjadikan parti Roket itu kekal berkuasa penuh.

“Disamping Lim Guan Eng sendiri yang akan menentukan siapa calon PKR yang akan bertanding di Pulau Pinang, terutamanya di 7 kawasan yang majoriti Cina.

“Susunanya: DAP 19, PKR 9, PPBM 10 dan PAN 2. Sudah semestinga PKR dan PAN akan 100% wala kepada DAP, maka kerusi DAP adalah 30 dan PPBM (Melayu) hanya 10,” katanya.

Beliau berkata dengan pencaturan bijak oleh Guan Eng dan DAP ini, membuat mereka akan bertambah berkuasa untuk menjual Pulau Pinang sesuka hati mereka.

“Ketika itu adakah PPBM akan mempertahankan hak orang Melayu seperti mana yang diperjuangkan oleh UMNO kini?

“Jika tidak, PPBM perlu tukar nama ke PRBM (Parti Rakyat Bersatu Malaysia) yang keahlianya bukan hanya untuk orang Melayu sahaja,” katanya lagi. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *