Pelakon Filem Seram IT Dihantui Mimpi Aneh Dan Ngeri Setiap Malam

Filem seram ‘It’ yang ditayangkan pada tahun lalu ternyata telah berjaya menghantui penonton, mana tidaknya, filem mengenai badut Pennywise itu bukan sahaja telah mencatat rekod box office tetapi ia juga telah menjadi filem paling menyeramkan untuk tahun 2017.

Yang pastinya, filem itu bukan sahaja meninggalkan memori yang mendalam pada penontonnya tetapi pelakon filem itu juga turut merasai pengalaman yang mereka tidak boleh lupakan. Terutama sekali,  pelakon utamanya, iaitu Bill Skarsgard.

Dalam filem ‘It’ itu Bill telah melakonkan watak utama, Pennywise dan dalam satu temu bual bersama Entertainment Weekly, Bill telah mendedahkan yang selepas membintangi filem ‘It’, dia sering mendapat mimpi ngeri.

Jelas Bill, selepas penggambaran filem itu berakhir, ketika berada dirumah dia akan mendapat mimpi yang aneh dan jelas ianya adalah mengenai Pennywise. Dimana, badut menakutkan itu akan datang berjumpa dengannya setiap malam seperti mempunyai urusan dengannya.

Namun, bukan itu sahaja yang dialami Bill, tetapi dia juga turut akan termimpi reaksi yang orang akan berikan padanya apabila melihatnya sebagai Pennywise. Itu kerana, jika keluar orang akan memandangnya seperti dia adalah Pennywise dalam filem dan itu membuatkannya berasa sangat kecewa.

Mungkin itu adalah tanda yang lakonan Bill sebagai Pennywise sangat berkesan sehinggakan penonton sukar untuk menghilangkan imej Pennywise itu daripada ingatan mereka, dan tidak dapat membezakan Bill dengan Pennywise.

Sementara itu, filem ‘It’ menceritakan mengenai sekumpulan kanak-kanak yang berjuang melawan ketakutan mereka terhadap badut bernama Pennywise. Selepas menjadi hit pada tahun lalu, filem itu dikatakan bakal mengeluarkan sekuelnya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *