Pelakon Kacak Kantoi Minum Arak Di Pusat Peranginan?

Sudah lumrah menjadi seorang selebriti terutama sekali yang terkenal dimana setiap pergerakan mereka terutama sekali di media sosial menjadi perhatian serta ikutan peminat-peminat mereka yang tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui perkembangan atau aktiviti selebriti kesukaan mereka.

Dan, disebabkan itu juga kebanyakan selebriti akan lebih berhati-hati dalam berkongsi sebarang gambar atau aktiviti mereka di media sosial kerana tidak mahu diri mereka menjadi bahan viral serta kecaman netizen.

Namun, nampaknya tidak semua selebriti mempunyai pandangan seperti itu kerana terdapat juga segelintir selebriti yang seolah-oleh tidak kesah untuk berkongsi apa sahaja aktiviti mereka dan membiarkan ia menjadi tontonan netizen di media sosial.

Dan, ia turut dilakukan oleh seorang pelakon lelaki terkenal ini, dimana sebuah portal gosip tempatan sempat mengambil gambar dari instastory milik pelakon lelaki itu yang menunjukkan dia sedang memegang botol arak di sebuah pusat peranginan.

Yang menjadi sensasinya adalah pelakon lelaki terkenal itu beragama islam dan perbuatannya memegang serta meminum arak di tempat awam seperti itu adalah tidak sepatutnya berlaku tambahan pula, dia seorang selebriti dan sudah tentu instastory-nya itu akan menjadi tontonan ramai.

Meksipun identiti sebenar pelakon terkenal itu dirahsiakan oleh portal gosip itu tetapi portal itu ada memberikan sedikit petunjuk mengenai pelakon itu pelakon lelaki itu dimana dia sangat terkenal dan sering keluar televisyen,  akhbar dan kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya.

Malah bukan itu sahaja, tetapi adik beradik pelakon itu juga dikatakan terlibat dalam dunia hiburan dan pelakon itu pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelakon dan usahawan terkenal Malaysia tetapi hubungan mereka hanya sekadar rakan artis sahaja.

Macam tidak jelas sahaja siapa pelakon lelaki pelakon lelaki terkenal beragama Muslim yang asyik meminum arak di pusat peranginan itu, agak-agaknya siapa pelakon itu? –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *