Penduduk gempar makhluk misteri muncul di tengah tasik di Albania

Makhluk misteri yang muncul di tengah-tengah tasik di Albania ini telah membuatkan penduduk tertanya tanya. Makhluk ini dilihat dalam rakaman video dan hanya menampakkan bahagian kepala dan lehernya saja.

Dilaporkan dari laman Mirror, beberapa orang mengesyaki bahawa makhluk itu adalah raksasa yang disebut sebagai ‘Nessie’.

Nessie sendiri merupakan sebutan terhadap mitos kewujudan raksasa yang disebut-sebut mendiami Tasik Loch Ness di Scotland.

Malangnya dalam rakaman video, makhluk tersebut tidak kelihatan cukup jelas.

Penduduk setempat diketahui memang percaya pada legenda raksasa tasik.

Tetapi penduduk lain sebenarnya merasa yakin bahawa makhluk itu adalah ikan keli gergasi.

Seseorang yang pernah berenanang menyeberangi tasik itu, Jonoski, mengatakan dirinya pernah melihat seekor ikan keli di tasik tersebut.

“Saya masih ingat ketika kapal tenggelam di Albania, banyak kanak-kanak yang tenggelam di Lake Prespa,” katanya.

“Kemudian para penyelam yang mencari mereka juga melihat ikan keli besar,” tambahnya.

Tidak syak lagi, dia begitu yakin bahawa makhluk yang direkodkan adalah ikan keli gergasi.

“Jadi ketika itu para penyelam begitu takut sehingga mereka menghentikan pencarian dan saya fikir ia adalah salah satu ikan keli yang dilihat penyelam Yunani,” terangnya.

Namun di sisi lain dia juga pernah melihat sesuatu yang tidak pernah berlaku di tasik lain.

“Ketika saya menjadi guru pada tahun 1976, saya melihat sebuah tiang besar air naik di dekat perbatasan Yunani, berbentuk seperti cendawan, turun hanya selepas 10 hingga 15 minit,” katanya.

Hingga kini tiada siapa yang boleh mengesahkan makhluk misteri yang telah muncul di tengah-tengah tasik.

Sumber – limaumanis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *