Pengundi melayu akan tentukan masa depan politik P.Pinang

Meskipun sebelum ini negeri Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Malaysia dengan majoritinya berketurunan Cina, bagaimanapun perangkaan yang terkini menunjukkan pengundi Melayu telah meningkat dan melebihi Cina kira-kira 20 peratus.

Ini menunjukkan jumlah peningkatan penduduk Melayu adalah lebih tinggi berbanding penduduk Cina. Peningkatan ini juga dilihat pasti mampu mempengaruhi dan menentukan masa depan politik Pulau Pinang.

Selepas 10 hingga 20 tahun akan datang didakwa jumlah pengundi Melayu di Pulau Mutiara itu akan meningkat daripada pengundi Cina. Pengundi Melayu di Pulau Pinang berusia 21 tahun dijangka sebanyak 57.3 peratus, manakala Cina ialah 37.1 peratus.

Peningkatan ini juga menunjukkan peningkatan kurang puas hati ke atas Kerajaan DAP Pulau Pinang. Ini kerana banyak rungutan dan persoalan tanah kampung warisan Melayu diambil untuk pembangunan. Ini menyebabkan ramai orang Melayu tidak mampu membeli rumah di kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan DAP negeri disebabkan harga yang mahal dan tidak munasabah.

Selain itu, perniagaan usahawan kecil dan penjaja dalam kalangan orang Melayu ditindas apabila beberapa syarat digunakan bagi membolehkan sesebuah kawasan menjadi tapak perniagaan.

Malah, pengundi Cina pun dilihat semakin menolak pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan DAP. Perubahan ini berlaku disebabkan sikap pentadbiran kerajaan DAP yang tidak adil dalam memberi bantuan kepada rakyat.

Ini berikutan sikap pilih kasih DAP yang langsung tidak membantu mereka, sebaliknya hanya bantu mereka yang sudah kaya seperti pemaju perumahan. Memang sudah terdapat banyak perubahan dalam masyarakat Cina, mereka sudah mula tidak yakin dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *