Penyakit Senggugut Boleh Sebabkan Kemandulan

Ramai wanita menganggap senggugut semasa datang bulan adalah normal. Sakit senggugut ni sebenarnya tak sama pada setiap wanita. Ada yang merasa sakit sedikit, ada yang teruk dan ada juga yang tidak merasa apa pun.

Selalunya mereka akan makan ubat tahan sakit sahaja untuk memudahkan kerja seharian berjalan lancar. Tetapi tahukah anda, senggugut yang teruk berkemungkinan besar petanda penyakit endometriosis yang akan menyebabkan wanita mandul.

Endometriosis adalah sejenis penyakit dimana selaput tisu didalam rahim telah tumbuh pada bahagian yang tidak sepatutnya seperti diluar rahim. Sepatutnya selaput ini yang akan turun bersama-sama darah haid. Disebabkan itulah, darah haid yang dikatakan darah kotor itu datangnya dari campuran darah rahim dengan tisu daripada lapisan endometrium bersama dengan kuman.

Kebiasaanya tisu endometrius ini akan tumbuh pada sekitar uterus, ovari (kilang telur), belakang rahim, tiub fallopian dan pundi kencing. Tetapi ada juga keadaan dimana tisu-tisu ini telah tumbuh di tempat yang aneh seperti pada bekas parut akibat pembedahan, tulang belakang, usus dan juga paru-paru.

Berikut adalah beberapa sebab yang boleh menjelaskan bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat yang tidak sepatutnya;

1. Darah period tumpah atau melimpah sehingga ke belakang rahim. Ini boleh berlaku sekiranya kedudukan rahim yang jatuh kebelakang (retroverted uterus). Penyakit ini biasanya tidak akan berlaku pada wanita yang mempunyai rahim menghadap kehadapan (anteverted).

2. Ada kemungkinan juga tisu endometrium terbawa melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Ia sama seperti sel kanser yang merebak ke tisu badan yang lain.

3. Wanita yang sering mengalami tekanan jiwa, mementingkan kerjaya, wanita yang mudah panic dan mempunyai IQ yang tinggi juga berkemungkinan menghidap penyakit endometrius ini.

Jika tisu endometrius ini melekat dan mulai tumbuh dalam ovari dan menyebabkan darah kotor berkumpul, maka ia akan menyebabkan berlakunya ovarian cysts ataupun chocolate cysts dimana darah kotor yang keluar kelihatan seperti chocolate paste.

Antara simptom-simptomnya pula adalah;

1. Senggugut yang dialami sejak dari awal remaja dan tidak pernah hilang walaupun sudah berkahwin. Sering merasakan sakit atau senggugut yang teruk pada bahagian bawah perut dan pinggang.

2. Senggugut muncul semula selepas melahirkan anak. Biasanya berlaku sebelum datang haid dan sakit pada bahagian ari-ari sehingga ke pinggang.

3. Masih merasa sakit seperti senggugut walaupun darah haid sudah berhenti. Ini bermaksud bahawa penyakit endometrius anda berada pada peringkat yang teruk dan berkemungkinan telah merosakkan dinding otot rahim.

4. Merasa sakit apabila melakukan persetubuhan bersama suami.

5. Keluar darah sewaktu buang air besar semasa waktu haid menunjukkan tisu endometrius telah tumbuh pada usus besar.

6. Jika mengalami batuk berdarah itu menandakan tisu endometrius telah tumbuh pada paru-paru.

Penyakit endometriosis ini boleh menyebabkan wanita menjadi tidak subur dan automatik menjadi mandul. Ini kerana tisu yang melekat itu akan merosakkan kilang telur dan menyebabkan tiub fallopian tersumbat sehingga menyebabkan sperma tidak dapat masuk untuk bertemu dengan ovum.

Manakala, racun yang terdapat pada endometriosis ini juga akan mematikan benih dan telur ataupun embrio dalam rahim. Hormon yang mengawal kesuburuan dalam badan juga akan terganggu dan menyebabkan keguguran yang berulang kali.

Oleh itu, para wanita diluar sana dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah dengan masalah senggugut ini. Seharusnya segera berjumpa dengan pakar sakit puan untuk membuat pemeriksaan lanjut. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *